Showing posts with label Feminin. Show all posts
Showing posts with label Feminin. Show all posts

Sunday, November 4, 2007

Feminin - Kehadiran

Download Kehadiran

Saat itu daku kehilangan
Harapan untuk kehadapan
Dalam hidupku yang penuh dengan gelora
Bagaikan tiada suria
( korus )
Tiba-tiba menjelma cahaya
Yang menghulurkan sejuta bahgia
Dengan cara yang tersendiri
Kehadiranmu bagai syurgawi
Warna hariku yang dulu kelabu
Kini mula cerah semesta
Hanya kehadiran suatu cenderamata
Yang dinamakan asmara
( ulang korus )
Syukur kepada Yang Maha Esa
Kerana menciptakan cinta
Keindahannya tiada dapat dilafazkan lagi

Wednesday, September 26, 2007

Feminin - Hanya Sekali

Download Hanya Sekali

Sekali janji ku lafazkan
Akan ku kotakan
Walaupun dihalang
Sekali ku lafazkan
Kata cinta
Takkan ku permainkan
Sekali di dalam hidupku
Kurasakan cinta
Yang suci sejati
Sekali hanyalah sekali ini
Tiada lagi tukar ganti
Sehari ku rasa setahun
Jika tiada kasihmu
Jika kau pergi jauh
Perasaanku akan terganggu
Hanyalah kau seorang
Mengubat hati rinduku
Tiada bandingan di dunia
Yang sama semurni
Cinta yang kau beri
Sekali kau beri
Sekali ku katakan sekali lagi
Cintaku hanya sekali